
Assalamualaikum w.b.t dan salam 1Malaysia.
Syukur Alhamdullilah kerana diberi kepercayaan kepada saya oleh pihak pengurusan UMT untuk menerajui Pusat Pembangunan Usahawan dan Koperasi (PPUK) bermula pada 1 Mac 2010. Untuk makluman semua, PPUK ini baru ditubuhkan dan memerlukan komitmen daripada semua pihak di UMT bagi mendokong dan menjayakan Dasar Pembangunan Keusahawanan Institut Pengajian Tinggi (IPT) Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang bertujuan untuk menggalakkan dan memantapkan pembangunan keusahawanan dengan lebih terancang dan holistik di kalangan IPT tempatan. Matlamat utama dasar ini ialah untuk melahirkan lebih ramai lagi modal insan berkualiti, mempunyai pemikiran, atribut dan nilai keusahawanan di kalangan siswazah yang akan bertindak sebagai pemangkin kepada tranformasi ekonomi berpendapatan tinggi dan berpaksikan inovasi kearah pencapaian status negara maju.
PPUK menjadi platform rasmi universiti untuk merancang dan melaksanakan Dasar Pembangunan Keusahawanan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) melalui semua program – program yang berkaitan dengan pembangunan usahawan dan koperasi di peringkat nasional mahupun antarabangsa. Semoga usaha ini dapat melahirkan lebih ramai usahawan generasi baru Malaysia yang lebih dinamik, kompetitif, berdikari serta mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat. Insyaalah.
Sekian
……………………………………………………………..
Hj. Semanat Abu Bakar
Ketua
Pusat Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Universiti Malaysia Terengganu






